Seperti yang aku tak harapkan , aku dilantik jadi ketua tingkatan sekali lagi . Bukannya aku tak sanggup nak jadi tapi aku takut la dengan tanggungjawab yang perlu dipikul . takut takleh setel je . harap semuanya boleh berjalan lancar sekali lagi . Harap semua dalam kelas 4 Kreatif tu boleh bagi kerjasama walaupun aku tau korang bukannya suka kelas yang takde member member and ramai jugak yang nak pindah dari sekolah yang aku tak tau apa statusnya sekarang ni .
Sesi persekolahan kali ini menjadi semakin tidak best sebab Muhammad Shahidan Bin Mahbib , Aiman Azfar Bin Abdullah Shukri nak pindah Teknik -Sharinggan- :( Mereka berdua ni dah lah member meber yang selalu je buat lawak yang menggeletek usus dan kadang kadang memang bernas cuma tak nak akui sebab aku nye lagi kantat . Pasal perempuan , diorang berdua ni yang banyak bagitau and aku dengar je . banyak betul ilmu yang dicurahkan cuma bukan ilmu yang boleh digunakan dengan perbuatan tetapi digunakan dengan memikirkannya dan mengolahkannya dalam bentuk perbuatan yang betul . Kehilangan mereka jelas terasa walaupun belom pergi . Selepas ni giliran aku pulak menyusul ke mana mana MRSM kalau ada rezeki . Kalau takda , aku redha je . Korang dua antara individu yang menambah MSG dalam hidup aku . Walaupun kita kawan kejap je tapi aku rasa kita macam dah member dah bertahun . cuma satu je kurang . kita belom bergaduh bertumbuk macam orang lain . Alhamdulillah moga dielakkan lah .
Betapa sedihnya apabila kita hidup hanya untuk membenci orang lain . Hanya orang yang berfikiran sempit saja yang suka mencari kesalahan orang lain . Kita kena sentiasa tengok diri kita ni , repair diri kita sebelum kita nak repair orang lain sebab kalau nak dirikan rumah mesti pasang tiangnye dulu . Ini menunjukkan asas itu penting dalam apa apa perkara sekalipun .
Maaf kerana banyak merapu . aku dah takda idea . otak blurr. sor por !
Picture credit to :yuszaeg.blogspot.com
2 comments:
perghhhh thanks adiib :') sayang kau diib hahahaha
takda hal lah member member en haha
Post a Comment