Halaman

Sunday, September 4, 2011

quotediaryofficial:  CLICK HERE for more life, love, friendship and inspiring quotes!

Ramadhan sudah berlalu 3 hari yang lalu , adakah kehilangannya masih terasa ataupun kita sudah hanyut dengan kenikmatan syawal ? Walaupun kita sudah selesai berpuasa selama sebulan namun kita disuruh berpuasa 6 hari dibulan kerana pahalanya bagaikan puasa sepanjang tahun .

Hidup penuh dengan liku liku yang kita sama sekali tidak akan menyangka . Hidup yang penuh dengan dugaan ialah hidup penuh dengan keberkatan kerana orang yang selalu diuji akan menjadi tabah dan kuat imannya manakala orang yang jarang diuji akan lemah imannya .

Aku ada membaca sebuah karya nukilan seorang pelajar lepasan sekolah agama di utara . Beliau menulis novel yang mengisahkan seorang penuntut universiti yang berpegang teguh dengan ajaran agama dan aktif dalam aktiviti-aktiviti dakwah di sekitar ibu kota . Wanita ini sangat takut dengan balasan api neraka Allah dan sentiasa tawaduk serta sentiasa tawakal kepada Allah selepas melakukan sesuatu pekerjaan . Hatinya tidak langsung terbuka kepada Sang Adam kerana dia seorang yang sangat memilih dan mengharapkan seorang imam yang mampu membimbingnya menuju ke jalan yang diredhainya .

Jodohnya akhirnya sampai apabila die dipertemukan dengan seorang lelaki yang berasal dari Indonesia . Lelaki ini merupakan seorang Tahfiz di Madrasah di Bandung . Di saat mereka hendak diijabkabulkan , para jemaah Madrasah di Bandung tidak bersetuju dengan pernikahan tersebut kerana mereka merasakan lelaki ini masih perlu ditarbiyahkan dan perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga kerana bapanya sudah meninggal dunia .

Wanita ini berasa sangat sedih NAMUN dia tidak berputus asa dan terus berpegang teguh dengan ajaran agama kerana dia yakin dengan janji janji Allah. Ditakdirkan wanita ini bertemu dengan seorang lelaki kaya yang sudah warak dan kembali kejalan Allah selepas mendapat hidayah dari Allah melalui ajakan wanita tersebut . Pada mulanya , wanita ini tidak suka berkawan dengan lelaki ini kerana mahu menjaga batas batas pergaulan . namun selepas beberapa bulan , hatinya sudah mula terbuka untuk lelaki itu dan die telah melakukan istikharah untuk meminta petunjuk .

Hasilnya , lelaki itu memanglah jodohnya . ketika sehari selepas majlis pertunangan mereka . Lelaki itu dimasukkan ke Hospital kerana menghidap penyakit lemah antibodi . Wanita ini meminta lelaki itu untuk menyegerakan ernikahan mereka namun lelaki itu tenang mengatakan bahawa perkahwinan mereka tetap akan dijalankan pada masa yang telah ditetapkan semasa majlis pertunangan mereka .

Selepas tiga bulan , mereka diijabkabulkan namun jodoh bukan milik mereka . Lelaki itu telah pulang ke pangkuan ilahi sehari sebelum majlis perkahwinan mereka . Wanita itu merasa sungguh sedih kerana dia sudah memberikan sekeping hatinya kepada lelaki itu . Selapas ditenangkan ibu dan ustazahnya . Wanita itu pun kembali tenang dan meneruskan kehidupannya . Perancangan Allah tiada siapa yang dapat menduga , Wanita ini ditemukan semula dengan lelaki dari Bandung itu setahun kemudian . Mereka akhirnya berkahwin atas ikatan kasih sayang Allah

Dari cerita ini dapat kita rumuskan bahawa hidup ini umpama permainan bola sepak . Kita tidak dapat meramal apa yang bakal berlaku dengan tepat walaupun pasukan yang dijangkakan menang sekuat mana sekalipun .

Kita ikut sahaja Flowwwww yang telah ditakdirkan dan berusaha untuk lebih kedepan

Akhirulkalam , jangan lupa puasa 6 :)

1 comment:

Aiman Azfar :D said...

asal macam cite ayat2 cinta sialll