Hari yang ceria tidak selamanya ceria kerana ujian berada depan kita . dia bersedia namun bersediakah kita untuk menempuhnya ?
Hal ini ada berkaitan dengan peristiwa yang baru sahaja saya hadapi kelmarin . Ia bermula selepas saya seronok menonton perlawanan bola sepak . saya tidak menyangka akan berlaku kemalangan jalan raya di Seksyen 7 . Bapaku terus sahaja membelokkan kenderaannya ke bahu jalan untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat . Kami menghampiri mangsa kemalangan dan kami dapat melihat betapa paniknya semua orang disitu yang bertanya satu sama lain akan nombor telefon pihak berkuasa ( hospital ) . kebanyakan orang di situ berwarganegara indonesia . Bapaku dengan tenang menelefon pihak berkuasa berkali- kali . walaupun cubaan pertama dan keduannya tidak berhasil , namun dia tidak panik . saya kagum melihatnya . Akhirnya bapaku mengambil keputusan untuk menghubungi JPA (Jabatan Pertahanan Awam) . mereka tiba dengan pantas dan membawa mangsa mangsa kemalangan ke hospital . dan kami pulang ke rumah .Bayi warganegara indonesia itu selamat walaupun di turut melambung dari motosikal menurut saksi :)
Hal ini jelas menunjukkan kehidupan ini bukan seindah yang disangka , peristiwa itu berlaku untuk dijadikan pengajaran kepada kita :
Akhir kata , Assalamualaikum :)
2 comments:
Waalaikumusalam adiib. Nasib baik bayi tu terselamat.
waalaikumusalam saudara adiib.nasib baik bayi tu selamat. nasib baik bapa saudara berada di tempat kejadian. kalau tak, tak tau la nasib yang bakal menimpa bayi tu.
Post a Comment