Halaman

Saturday, February 4, 2012

Setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahannya . Setiap kemenangan ada kekalahannya dan setiap kekuatan pasti ada kelemahannya . Aku berharap segala yang telah dirancang berjalan dengan mudah dan penuh keberkatan . Walau perit mana sekalipun dugaan yang bakal aku tempuhi , aku bertekad tidak akan berpatah arang meskipun jalan yang bakal kutempuhi penuhi dengan onak dan duri . Perjalananku bukan sekadar menuntut ilmu tetapi meneroka sesuatu yang baru yang belum pernah aku alami selama ini .

Aku meyakini keputusan aku ini akan menjadi satu batu loncatan kepada aku untuk melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi untuk bersaing dengan jutaan manusia yang berada diluar sana . 

Sunday, January 29, 2012

Surat yang tak pernah dikirim


Kehadapan awak,

Saya menulis di sini kerana saya adalah lelaki yang tak mampu untuk berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya ialah lelaki yang kehilangan suara jika berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya tidak mampu untuk mengucapkan ‘saya cintakan awak’ tanpa saya akan gagap dan pengsan sesudah itu.

Kerana ucapan ‘aku cinta padamu’ atau ‘saya cintakan awak’ itu ialah ucapan yang berat dan penuh mendalam. Dan ucapan itu ialah ucapan yang hanya wujud pengucapannya dalam dunia drama atau novel sahaja. Kerana bahasa tulisan dan bahasa pengucapan sebenar-benarnya adalah bahasa yang berbeza.

Juga saya menulis kerana untuk menceritakan apa yang saya rasa kepada awak tanpa mampu untuk menatap mata awak adalah mustahil. Dan tanpa memandang ke wajah serta mata awak, mungkin awak tak akan mempercayai segala apa yang saya perkatakan.

Saya cintakan awak. Sungguh saya mahu menemani dan ditemani awak. Dan sungguh saya mahu menjadi lelaki yang membahagiakan awak.

Awak pasti tertanya. Sejak bila. Kenapa. Mengapa. Bagaimana. Dan saya sedia maklum disebalik cinta itu punya beribu soalan yang mengiringinya. Tapi satu yang saya pasti iaitu tak pernah ada sebab disebalik sesuatu cinta. Kerana cinta itu walau beribu ahli falsafah dan beratus penyair cuba memberi makna yang setepatnya, akan tumpullah falsafah dan cacatla h syair mereka. Kerana cinta itu datang dengan ketentuan bukan pilihan atau permintaan.

Sejak bila ya. Saya pun tak pasti apa jawapannya. Tapi satu perkara yang saya pasti iaitu kita tidak pernah terlalu awak atau terlalu lewat untuk jatuh cinta. Cinta itu boleh saja muncul tanpa kita sedari kerana Tuhan yang bertanggungjawab mencampak rasa itu kedalam hati kita.

Kenapa, bagaimana dan mengapa, saya kira tak perlu saya jawab kerana jika ada jawapan pastinya jawapan itu akan ada unsur ketidakjujuran dan tokok tambah. Kerana manusia, sifatnya inginkan pujian dan kata-kata manis. Lalu manusia yang mengagumi manusia lain akan sedaya upaya menuturkan kata-kata indah agar dapat menawan manusia yang dikaguminya. Saya tak mahu begitu. maka biarlah cinta saya kepada awak tidak bersebab.

Saya dapat tahu bahawa awak telah dimiliki. Saya tersenyum saja mendengar khabar itu. Awak, kita tak layak memilki sesiapa kerana kita hanyalah hamba. Dan kita semua adalah milik-Nya. Tapi sungguhpun awak dimiliki, saya tetap akan menunggu awak. Sampai awak bernikah dan bersanding di atas pelamin. Sesudah saya pasti semua itu, barulah saya akan buka hati saya untuk orang lain. Ramai yang kata saya bodoh. Tapi saya rasa mereka semua pengecut. Kerana bagi saya keberanian itu ialah melakukan sesuatu yang pengecut akan kata bodoh. Macam yang sedang saya lakukan. Saya tahu jodoh pertemuan ditentukan Tuhan. Tapi selagi Tuhan belum menemukan saya dengan jodoh itu, saya akan terus berdoa dan mengharap awaklah jodoh yang dikirim Tuhan untuk saya.

Saya tak layak memiliki awak. Cuma kalau diberi peluang, saya akan menemani awak. Sampai akhir hayat. Bersama mencari redha-Nya. Beriringan ke syurga. InsyaAllah.

Mengapa saya sanggup berkorban? Menutup hati untuk orang lain kerana awak? Kerana bagi saya, hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada orang yang tersayang adalah pengorbanan. Dan bercakap tentang pengorbanan, awak mahu dengar cerita? Ada cerita berkenaan seorang sufi. Begini, suatu hari, ada seorang perempuan terkentut dengan kuat dihadapan seorang lelaki. Perempuan itu menjadi malu atas ketidaksengajaannya itu. Tahu apa lelaki itu buat? Lelaki itu berpura-pura menjadi pekak dan bisu, untuk menjaga maruah perempuan tersebut. Dan lelaki itu berpura-pura menjadi pekak dan bisu bukan hanya pada hari itu tetapi hingga perempuan itu meninggal dunia!

Ada sebuah lagi kisah dimana dua kekasih saling mencintai. Suatu hari lelaki itu kehilangan kekasihnya. Namun pada hari kekasihnya meninggal, sebelah mata lelaki itu tidak mengalirkan air mata. Lalu lelaki itu menutup sebelah matanya hingga dia meninggal dunia sebagai hukuman kerana tidak mengalir air mata!

Awak, saya tak layak bercakap soal pengorbanan jika awak hendak bandingkan saya dengan kedua-dua lelaki itu. Malah saya tak layak bercakap soal cinta pun. Namun jika saya diberi peluang, saya akan menjadi, cuba menjadi lelaki yang lebih baik dari kedua lelaki tersebut.

Awak, cinta itu penyakit dan ubatnya adalah perkahwinan. Saya berdoa agar Tuhan memelihara rasa ini, dan jika diizinkan-Nya, saya akan mengikat awak dengan perkahwinan. Kerana cinta sebelum kahwin banyak maksiatnya. Kerana itu saya ingin berjalan dihadapan awak dan memimpin awak sebagai seorang suami, di mana ada keberkatan dari-Nya bukan memimpin dan berjalan dihadapan awak sebagai sepasang kekasih di mana ada kemurkaan dari-Nya.

Mungkin ini ialah penghujung kepada surat ini. Dan surat ini tidak datang dengan rayuan mahupun pujukan. Saya tidak menulis surat ini untuk menjual rasa saya dan membeli rasa awak. Surat ini datang dengan penuh hormat, sekadar pernyataan terhadap sesuatu yang awak mungkin tak pernah sedari.

Maaf kerana menulis surat ini. Apa pun Tuhanlah yang memberi ilham dan menggerakkan naluri.

Eternal happiness. With you. Guide you. Protect you. Make you smile. Walk with you. To Jannah. Be on your side. Be your wonderwall. Come hell or high water. InsyaAllah. May Allah bless.
Ikhlas,
saya yang mencintai awak.

Wednesday, January 25, 2012

MRSM KUALA KUBU BHARU

Alhamdulillah , dapat jugak aku masuk asrama . Masa Form 1 aku ada mintak jugak asrama ni tapi nak buat macam mana , takde rezeki . Mungkin ada hikmah disebalik apa berlaku . Kalau aku pegi asrama dulu , tidak mungkin aku dapat experience macam sekarang ni . Penuh dengan kawan kawan yang lawak , tak lawak , sporting , periang , sosial dan berpotensi dalam apa jua bidang . Aku juga telah berjaya menggapai impian aku dari kecil untuk jadi kapten sekolah dalam acara bola sepak tahun lalu namun aku sedikit terkilan dengan prestasi aku yang aku rasa hambar . Jika diberi peluang aku harap aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin . Menjadi seorang yang aktif bersukan bukannya mudah kerana aku mesti seimbangkan antara sukan tuh . contohnya bola sepak memerlukan kekerasan badan manakala badminton memerlukan kelentikan badan  dan sukan sukan lain ada cara tersendiri untuk dimainkan . Bila difikir fikirkan balik aku rasa bertuah kerana dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk buat semua ni  . Kalau ditakdirkan aku tak boleh main bola . memang  aku membesar jelah sampai besar mana pon aku tak tau . Di JESS juga aku jumpa ramai kawan yang sentiasa bersama aku di saat kesukaran untuk belajar dan kegembiraan untuk belajar . Aku juga jumpa rakan rakan yang boleh memahami aku dan aku jumpa ramai rakan yang boleh aku fahami . Kerana mereka juga lah aku terus belajar untuk menggapai impian aku . 
Beralih angin ke alam persekolahan yang baru ini membuatkan aku rasa kekok untuk bersosial kerana aku akan menemui rakan baru , wajah baru dan persekitaran baru yang mungkin belom pernah aku temui di JESS . Aku berharap dengan penghijrahan aku ni boleh membuatkan potensi aku dicungkilkan ladi ke tahap yang paling maksima supaya aku dapat mencurahkan bakti untuk agama , bangsa dan negara . 

Sekian Assalamu'alaikum .

Saturday, January 7, 2012

Semuanya Pasti

Tahun 2012 dibuka dengan sesi persekolahan yang agak membosankan . Ramai pelajar tidak berpuas hati dengan kelas yang telah ditetapkan keatas mereka termasuklah aku . Tapi bagi aku bende tu perkara biasa . kita mesti boleh biasakan diri punye . Komfem . Cuba ingat balik macam mana korang biasakan diri masa Form 1 dulu . ada ke terus kenal ? mesti tak kan . takpe slow slow .

Seperti yang aku tak harapkan , aku dilantik jadi ketua tingkatan sekali lagi . Bukannya aku tak sanggup nak jadi tapi aku takut la dengan tanggungjawab yang perlu dipikul . takut takleh setel je . harap semuanya boleh berjalan  lancar sekali lagi . Harap semua dalam kelas 4 Kreatif tu boleh bagi kerjasama walaupun aku tau korang bukannya suka kelas yang takde member member and ramai jugak yang nak pindah dari sekolah yang aku tak tau apa statusnya sekarang ni . 

Sesi persekolahan kali ini menjadi semakin tidak best sebab Muhammad Shahidan Bin Mahbib , Aiman Azfar Bin Abdullah Shukri  nak pindah Teknik -Sharinggan- :(  Mereka berdua ni dah lah member meber yang selalu je buat lawak yang menggeletek usus dan kadang kadang memang bernas cuma tak nak akui sebab aku nye lagi kantat . Pasal perempuan , diorang berdua ni yang banyak bagitau and aku dengar je . banyak betul ilmu yang dicurahkan cuma bukan ilmu yang boleh digunakan dengan perbuatan tetapi digunakan dengan memikirkannya dan mengolahkannya dalam bentuk perbuatan yang betul . Kehilangan mereka jelas terasa walaupun belom pergi . Selepas ni giliran aku pulak menyusul ke mana mana MRSM kalau ada rezeki . Kalau takda , aku redha je . Korang dua antara individu yang menambah MSG dalam hidup aku . Walaupun kita kawan kejap je tapi aku rasa kita macam dah member dah bertahun . cuma satu je kurang . kita belom bergaduh bertumbuk macam orang lain . Alhamdulillah moga dielakkan lah .

Muhammad Shahidan . KING 
Aiman Azfar . budak KING 


Betapa sedihnya apabila kita hidup hanya untuk membenci orang lain . Hanya orang yang berfikiran sempit saja yang suka mencari kesalahan orang lain . Kita kena sentiasa tengok diri kita ni , repair diri kita sebelum kita nak repair orang lain sebab kalau nak dirikan rumah mesti pasang tiangnye dulu . Ini menunjukkan asas itu penting dalam apa apa perkara sekalipun .

Maaf kerana banyak merapu . aku dah takda idea . otak blurr. sor por !



Picture credit to :yuszaeg.blogspot.com