Langit yang terang jangan disangka takkan turun hujan . hati pon macam tuh jugak . kadang kadang terpaut kadang kadang dipaut . Sukar sekali hendak mentafsir apa yang berada di dalam hati ini kerana hati merupakan satu organ yang sangat kompleks dan di antara organ yang terpenting dalam tubuh badan manusia . dengan hati juga kita mampu menilai baik buruk sesuatu . Memanglah tindakan kita datang dari akal namun kita tidak tahu di mana letaknya akal kita , dihatikah ? di otak kah ? kita tidak tahu . Ia merupakan satu persoalan yang belum dapat lagi dirungkai oleh pakar pakar diseluruh dunia . Bila terpaut rasanya sungguh indah . Bagaikan dunia ini dipenuhi mawar mawar yang subur mewangi . Namun kita selalu alpa , kita tidak menyedari bahawa pautan kasih Tuhan kepada Hambanya adalah lebih agung dari segala-galanya . Gelojak rasa dijiwa hanyalah mainan nafsu untuk menguji keimanan kepada Allah . Jika nafsu itu dapat dikawal , nescaya terselamatlah dia dari permainan dunia yang lara ini . Jika kita mengikut sahaja rentak alunan nafsu yang membakar di dalam jiwa , maka hanyutlah kita di dalam kesesatan yang tidak berpenhujung dan hanya membawa kita ke lembah penyesalan kelak . Sekali hati terpaut sukar meleraikannya . Hanya mampu menunggu dan melihat dari jauh . Hanya takdir yang mampu mengikat kita dan hanya takdir yang mampu meleraikan kita . takdir bukanlah segala-galanya tetapi doa adalah penyembuh segala-galanya :)
No comments:
Post a Comment