Saya mengagak ramai lagi pelajar yang akan mengampil Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tahun ini belum lagi bersedia sepenuhnya.
Saya sangat yakin akan hal itu.
Oleh yang demikian,pihak sekolah telah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu bengkel menjawab peperiksaan yang diberi nama PROGRAM PUNCAK JAYA .ApabilaPUNJAK JAYA disebut pasti ramai yang akan memuncungkan mulut mereka kerana mereka terpaksa membatalkan aktiviti-aktiviti yang mereka rancang sebelum ini .Mereka juga tidak boleh menginguti percutian bersama keluarga kerana tersekat antara jadual program PUNCAK JAYa ini .Namun,sedikit perngorbanan perlu dilaksanakn bagi menggapai kecemerlangan di masa hadapan .bak kata satu pepatah barat ''NO PAIN NO GAIN'' .Ini menunjukkan bahawa usaha yang gigih sahaja dapat menjadi satu penggerak kepada kita untuk berjaya.Belajar pada akhir waktu kadang kala baik juga disebabkan ''NASIB " kita yang sungguh baik ketika itu .
Namun ketika ujian sebenar , hanya ilmu yang kita ulangkaji selama ini saja yang menjadi bekalan.sama seperti hidup kita .Kita hidup di dunia ini untuk mecari bekalan pahala untuk dibawa ketika menghadap Yang Maha Esa nanti .
Implikasi dari belajar akhir waktu ialah kita akan mudah lupa akan perkara yang baru kita hafal.Hal ini kerana kita meng''HAFAL'' dan bukannya ''MEMAHAMINYA''.Menghafal merupakan salah satu kaedah tetapi memahami ialah satu kelebihan.Orang yang memahami sesuatu ilmu lebih bermanfaat dari menghafal bermacam-macam ilmu namun tidak memahaminya.
Sebab itulah manusia dikurniakan masa selama 24 jam sehari.Hal ini kerana manusia diuji dari segi pengurusan masanya seharian dan seumur hidupnya .
Jika manusia gagal mengurus masa , maka banyak lagi bende akan mereka ketinggalan
Akhir sekali,kita seharusnya menghargai masa kerana masa itu emas dan belajarlah dari awal kerana usaha itu tangga kejayaan .
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment